Jika org cari katakan mousepad di eBay US, dan kebetulan ada 15 je item tgh auction, then eBay akan amik list item dari store kan?
Let say setiap page hanya ada 25 list aje, so ada 10 kekosongan dalam list carian tu lepas 15 item auction tadi.
Let say pula, ada 10 seller guna store US dgn rating yg hampir2 sama, dan 10 seller store malaysia yg juga rating hampir sama, adakah item dr store malaysia akan diberi keutamaan dalam baki 10 senarai itu?
Saya pernah terserempak dengan keadaan ni masa buat sikit research pasal satu item tuh (E* H***y - pepandai la korang teka. Hot item nih. Sekali letak bleh terus kena suspend. Keh keh keh).
Kebetulan masa tuh, item-item yang di senaraikan di eBay US banyak yang kena remove. So, memang kurang la dia punya live auction tuh. Nak dijadikan cerita, ada sorang mamat nih, ada simpan barang tuh dalam store dia dan apa yang dia listkan tuh keluar pulak dalam search di eBay US. Bila check dia punya asal-usul, dari UK rupa-rupanya.
Mamat tuh buka akaun di UK tapi buat list store di US. Nih bukan apa. Saja sebagai prove yang kalau kita buka store di negara lain, still barang kita akan keluar di eBay US kalau kita listkan di sana.
Berbalik kepada soalan mansurbiz tuh, susah juga nak jawab kan. Hurm... Masalahnya bukan apa. Tanpa perlu kita sembang pasal 10 eBay seller yang buka store di Malaysia tuh pun, kita tak tau macam mana dengan nasib 10 eBay seller dari US tuh.
Kalau ada daripada mereka yang menggunakan store Premium, saya yakin bahawa merekalah yang akan lebih diberikan keutamaan. Kalau ke semuanya sekadar gunakan basic account? Macam mana nak pilih? Hurm...
Untuk perbandingan antara seller yang buka eBaystore di US dan Malaysia pun, saya rasa lebih kurang begitu juga. Saya optimis untuk menyatakan bahawa peluangnya sama rata. Melainkan kalau nak lebih sikit, memang kena sign yang premium la. Sebab memang itu janji eBay. Store premium akan dapat lebih exposure.
No comments:
Post a Comment