About

Assalamualaikum w.b, Salam Sejahtera.

Terima Kasih kerana sudi berkunjung ke diariebayer.blogspot.com. Kami mengalu-alukan kedatangan anda sama ada anda Newbie atau pun Power Seller atau pun datang suka-suka.

Semua tulisan-tulisan yang ada dalam blog ini kebanyakannya adalah dari forum eBay di wangcyber.com, group fb dan beberapa sumber yang lain. Saya hanyalah newbie tegar yang memiliki hobi 'copy n paste' segala tip, teknik, case study dan bermacam-macam lagi yang dikongsikan oleh sifu-sifu eBay. Sambil berniaga di eBay, tak salah kalau saya sedut ilmu-ilmu tu dan kumpulkan disini. Mungkin ia berguna untuk rujukan akan datang. Hehe.

Sila manfaatkan blog ini dengan sebaiknya. Keywords yang tersedia di bahagian sebelah kanan blog diharap dapat membantu anda sedikit sebanyak. Dalam beberapa perkongsian juga ada diselitkan sekali link-link. Walaubagaimana pun, selari dengan perkembangan eBay dari masa ke semasa, link-link tersebut mungkin dah expired. Jadi, dari admin, kami mohon maaf untuk kekurangan tersebut.

Semoga blog ini bermanfaat bagi yang ingin mengetahui apa itu eBay secara lebih mendalam, bagi geng2 newbie yang masih tercari-cari rentak dalam bisnes eBay, dan motivasi bagi otai2 eBay untuk terus berkongsi ilmu dan pengalaman mereka.

Segala komen, kritikan dan pandangan bagi blog ini juga adalah amat dialu-alukan. Mungkin anda juga ingin berkongsi pengalaman anda yang belum ada lagi dalam blog ini. Anda boleh terus menghubungi admin menerusi email ketupak@gmail.com.

Sebelum meneruskan perjalanan anda, wajib untuk anda tahu salah satu pencetus disebalik kewujudan blog ini. Rahsia Diari Usahawan eBay Berhingus yang telah pun terbongkar. Akhir kata dari saya, sebagaimana 'mereka' yang telah berkongsi ilmu eBay secara percuma, maka anda juga layak untuk menyedut ilmu2 dari blog ini secara percuma! :)


"Start Now, Start Small!"

- Tuah Emas-

Terima Kasih, dan selamat maju jaya!



No comments:

Post a Comment