Thursday, 12 September 2013

Store Malaysia VS Store US

Saya dulu pun dah try jugak. Sebab tuh bila dah puas try tuh saya terus tukar dari store di eBay US ke eBay Malaysia. Sebab sama. Tak ada beza kecuali lebih murah. Dari segi trafik per sumer, again, kembali pada trafik yang ditarik dari live auction terutamanya jika anda masih baru (kalau macam Bro MansurBiz dia lain. Dia punya dah lama. So kalau dia tak buat auction pon orang still beli barang banyak secara direct dalam store dia).

Kalau bukak store dekat eBay Malaysia, tapi kemudian keluarkan list tuh dekat eBay US, dia akan keluar jugak dalam search seperti yang anda cakap. Ini bergantung kepada berapa banyak space yang tinggal untuk carian bagi satu-satu keyword. Biasanya dalam 25 or 50 kalau tak silap untuk satu-satu page. Katakanlah 25, jadinya kalau keyword tuh cuma ada 8 live auction, ada space lagi 17 untuk barang-barang yang ada dekat dalam store. Yang ini ikut nasib. eBay boleh ambik barang-barang daripada siapa-siapa punya store yang dia nak selagi mana keyword tuh tepat. Store yang melanggan featured plus pastinya akan mendapat kelebihan sebab ini janji eBay.

Saya rasa saya pernah cakap pasal benda ni dulu. Store ni sama juga macam akaun eBay kita. Kita buka akaun eBay di Malaysia, tapi kita boleh jer jual barang di eBay US. Tak ada apa-apa masalah dari segi visibility dalam search engine eBay. Store pun macam tuh juga. Kita buka jer di eBay Malaysia, tapi bila kita listkan di store eBay US, jadi samalah macam tadi.

Apapun terpulang. Duit anda, perniagaan anda, hak anda. Saya cuma kongsi apa yang saya pernah alami dan tahu. Kalau saya tak tau, saya akan diam saja. Biar orang lain yang lebih tahu yang jawab. Tapi since untuk hal nih saya rasa saya tau, saya rasa saya ada tanggungjawab untuk contribute kembali pada komuniti dengan menerangkan apa yang saya tahu.

No comments:

Post a Comment