Wednesday, 11 September 2013

Multiple Account

Acc baru aku ke-2 tu skrg so far ok... belum kena suspend (harap2 tidak berlaku)

Aku reset IP, clear cookies+ cache firefox pastu baru switch ke account ke-2 tu. Aku buat log details setiap kali tukar IP dan buat aktiviti meng'eBay' atau meng'paypal'.

Paling penting, aku tak pakai apa2 tool yg buat akses ke eBay seperti Turbo Lister, toolbar, notification tool etc, sebab benda ni semua boleh hantar info unik pc kita kpd eBay.

Semalam aku dah baca ebook auction stealth mengenai isu ni, so far apa yg aku buat ikut guides yg dinyatakan... kecuali aktiviti membeli item2 digital $0.01 + Free shipping tu, ni dah terlanjur... huhuhu

Cuma yg aku tak setuju, author ebook tu kata boleh pakai VPN utk atasi fixed IP address. sebab apa? Sebab VPN adalah satu servis proxy level broadband, mostly diorang pakai fixed IP.

Aku ada pakai VPN tapi untuk projek lain. Bayar la dalam USD$15 sebulan.

Bayangkan jika ada 10 orang seller buat multiple acc eBay guna servis VPN yg sama, apa berlaku? Kendian, sorang kantoi. Ya, semua yg guna IP sama akan kena sekali, kan? Logik?

Ada seller yg jual item $0.01 tu dah kena suspend account eBay dia. Aku sedar masa nak leave feedback balik. Tapi feedback seller tu kpd aku intact. Nasib baik dia dah bagi feedback... huhuuhu lagi...

Mana2 item yg aku bid antara $0.01 ke $0.30 tu ada la dalam 16 item.

Paypal ke-2 dah verified. Jadi eBay dh boleh start jual ke international.

Cuma, acc masih berhingus, belum cukup 5 hari, jadi byk limitation. Antaranya tak bole leave feedback. So kita simpan dulu... itupun kalau tak kena suspend... hehehe (happy sikit dgn sedikit kekesalan)

3 hari lepas aku dah kurang buat auctions. Sekarang ni aku banyak tumpu untuk banyakkan item dalam store. Item dalam store sesuai untuk target niche yg amat kurang persaingan, dan kelebihan kepada kita untuk buat cross-sell dan upsell.

No comments:

Post a Comment