Monday, 16 September 2013

Pindahkan Listing Store Dari Folder Ke Folder Yang Lain

Macamana cara kita nak pindahkan listing dekat dalam stor dari satu folder ke folder lain? Aku baru create folder baru dan nak masukkan barang2 yang bercampur-campur dari folder lama tu so biar nampak kemas sikit, tapi tak jumpa lah.

Cara aku: my eBay> Subscription (bwh Account) > Manage my store > stor category > pastu dah tak tau dah.

Nie cara saya, cara orang lain mungkin bbeza.

1- Bukak bahagian ACTIVE listing yg berada dlm store tue..(SUMMARY --> SELLING)

2- Click semua yg nak diletakkan bawah folder baru

3- Click EDIT kat bawah sekali tue

4- Akan keluar page EDIT LISTING

5- Sila pilih bahagian mana yg kita nak edit tadi..kalau nak tukar folder baru click STORE CATEGORIES

6- Jangan lupa kat bawah sekali SELECT EDIT METHOD pilih EDIT LISTING IN BULK..(pastikn semua item nie mmg nak letak bawah folder yg sama)

7- Continue

8- Akan keluar page part mana yg awak nak edit utk part STORE CATEGORIES, kalau dah create folder baru automatic ada dlm pilihan STORE CATEGORIES

9- Seterusnya ikut step mcm biasa..

Cuba dulu, kalau tak boleh gak bgtau kat sini yer. Cara nie boleh apply utk nak edit apa saja in bulk.

Harap membantu.

No comments:

Post a Comment