Untuk tukar jadi worldwide, masa buat listing, ubah kita punya shipping data. Tukar kepada ship to worldwide.
So satu dunia pun boleh access. Tapi sekali lagi, listkan dekat eBay US, jangan list dekat eBay Malaysia sebab dekat eBay Malaysia tak ada features nih.
Pastikan alamat masa sign in nak buat listing tuh:
http://www.eBay.com
Dan bukannya
http://www.eBay.com.my.
Dan store yang anda nak list kan tu diletakkan sebagai:
http://stores.eBay.com/NamaStoreAnda
Dan bukannya
http://stores.eBay.com.MY/NamaStoreAnda
Cerah?
----------------------------------------------------------------------------------------------------
Kalau untuk access eBay page anda pun sama juga. Kita boleh semak dekat:
http://myworld.eBay.com/UserNameAnda
Dan juga
http://myworld.eBay.com.MY/UserNameAnda
Kedua-duanya sama jer keluar. Tapi bezanya anda akan dapat lihat bila anda buat listing. Kalau anda perhatikan betul-betul, ada feature link View all items dekat dalam page nih. Seandainya anda ada buat dua listing serentak, satu di eBay US dan satu di eBay Malaysia, barang yang anda listkan di eBay US akan keluar di kedua-dua eBay page anda.Tapi barang yang anda listkan di eBay Malaysia hanya akan keluar di eBay page yang ada dot com dot my sahaja.
Just nak tekankan yang bezanya bukan buka di mana, tapi.... list di mana.. itu yang penting. Bagi yang rajin explore lagi, link inilah sebenarnya rahsia untuk orang yang tak ada store tapi macam ada store.
Link inilah yang biasanya digunakan oleh otai-otai eBay ala-ala blackhat untuk lari daripada eBay insertion fees yang mangkok hayun mahal tuh sebab buat list kat eBay Malaysia adalah FREE. Biasanya diorang akan buat satu list dekat eBay US, dan kemudian link kan ke Buy It Now button kepada item yang di listkan di eBay Malaysia atau pun Filipina (sebab eBay Malaysia and Filipina masih lagi menawarkan FREE listing fee untuk buat penyenaraian). Provided, feedback requirement untuk Buy It Now button dah cukup.
No comments:
Post a Comment