Lama tak jenguk ke sini. Ini hari pertama saya naik semula ke sekolah. Masa tulis ni pon masih kat sekolah lagi. Rehat tengahari selepas pagi tadi dok baca buku Obstetrics and Gynaecology (lama aku tinggal, banyak giler dah lupa!). Tapi masa baca tuh, duk teringat juga kat internet business nih. Adeh! Cemana nih. Tolong akuuuu!!! Haha.
By the way, just nak jawab soalan nih. Tapi sebelum tuh nak clarify dulu yang saya bukan pakar cuma sekadar based on apa yang saya buat dan kaji sendiri sebelum ni.
Untuk eBay stores BASIC sama ada yang dibuka di US atau di Malaysia, perbezaan ketaranya adalah dari segi harga subscription. eBay US mengenakan yuran langganan sebanyak USD15.00 manakala eBay store di Malaysia mengenakan yuran langganan sebanyak hanya RM12.00 sahaja.
Adakah dengan membuka eBay store di US maka kita akan dapat lebih exposure pada market US?
Mengikut pengalaman saya (harus di ingatkan bahawa saya hanya sign up untuk store jenis BASIC), tiada perbezaan ketara. Pendapat yang mengatakan bahawa buka eBay store di Malaysia akan memberi impak yang dramatik pada item exposure saya kira tidak berapa tepat. Ini kerana, pada akhirnya nanti, kadar visibility tersebut tetap juga bergantung kepada 2 asas ini:
1) Di mana kita membuat penyenaraian.
2) Ke"HANGAT"an item yang di senaraikan pada live auction.
Mungkin ada yang tersalah anggap bahawa jika kita membuka store di eBay Malaysia maka barang-barang kita hanya boleh dilihat oleh pengunjung yang datang dari Malaysia sahaja. Ini sekali lagi adalah pendapat yang kurang tepat pada hemat saya. Perumpamannya mudah. Cuba saya tanyakan kepada anda tentang:
1) Di manakah anda mendaftar akaun eBay anda?
Jawapannya pastilah di eBay Malaysia.
2) Kebiasaannya, di mana pula anda membuat penyenaraian untuk menjual mouse pad dan bla bla bla?
Jawapannya mungkin eBay US.
Mendaftar di eBay Malaysia tidak bermaksud kita di halang daripada membuat jualan di eBay US. Begitu juga dengan store. Mendaftar store di eBay Malaysia juga tidak bermaksud kita tidak boleh membuat penyenaraian di US. Apa yang penting bukanlah tentang di mana pendaftaran di buat sebaliknya di mana penyenarian @ listing dibuat.
Jadi, mana yang lebih baik?
Saya memilih untuk melanggan store di eBay Malaysia kerana ianya lebih cost effective. Tetapi itu bergantung kepada pengalaman anda juga.
Harus di ingat bahawa apa yang saya ceritakan di atas adalah berkaitan dengan eBay store BASIC. Saya tidak punya pengalaman membuka premium store atau yang lebih tinggi daripada itu. Mungkin ada dan mungkin tidak ada perbezaan. Sesiapa yang ada pengalaman di harap dapat berkongsi sedikit di sini.
Aslmkum. Nk tanya. Katakan sy buat listing satu item yg trendy di dunia kat ebay malaysia. Adakah potential buyer yg search guna ebay US boleh jumpa listing saya kat dlm ebay US?
ReplyDelete