Mengikut nasihat HammerTap, kadar sold/listing bagi mousepad adalah kurang dari 20%, tapi Tuan nampaknya berjaya menjual sekurang-kurangnya 50% dari jumlah listing Tuan ,jika bukan 90%-100%.
Apakah Tuan ada tips buat kami?
Auction atau Buy It Now?
Shipping Rendah Harga Tinggi atau Shipping Tinggi Harga Rendah? Kadar jualan berbanding listing dirujuk sebagai "Sell-Through"sebenarnya bergantung kepada kombinasi keywords. Jika bro r&d single keyword cth "mousepad" sahaja, sudah tentu jumlah listing daripada kesemua seller amat tinggi.
Saya ambil cth data terkini drp terapeak, utk keyword "mousepad" ada 7,442 list dalam julat tarikh 11 Feb hingga 17 Feb 2012. Banyak tu!
"mousepad" adalah keyword yg terlalu generic. Sell-Through adalah 14.42% sahaja. Kalau kita guna kombinasi keyword yang lebih banyak dan fokus, apa berlaku?
Jumlah listing keseluruhan akan menurun, dan jika ianya ada demand dan sold, sudah tentu Sell-Through juga menaik, kan? Ambil contoh keywords "new custom bleach computer mousepad", hanya ada 1 listing dan 1 sales. Berapa Sell-Through?
Ya... 100% tu bro!!!
No comments:
Post a Comment