Wednesday, 11 September 2013

Perlukah Ebay Store?

Selepas beberapa siri jualan dan buat untung daripada eBay. Akhirnya aku berfikir kejap - perlukah aku buka store?

Jadi, aku pun buatlah beberapa kajian tentang kepentingan store di eBay. Ditambah pula ada kalanya aku menerima emel daripada member eBay lain bertanyakan bagaimanakah caranya untuk mereka mendapatan item aku tanpa perlu bid.

Selepas mencongak budget lebih kurang, akhirnya aku pun meng klik butang "Subscribe" eBay store, pakej Basic berharga USD15.95 setiap bulan. eh, kenapa aku buka store US?

Refer =>http://pages.eBay.com/help/sell/storefees.html

Sebab aku tak tahu plak sebenarnya kita sebagai Malaysian, bole buka store basic dengan harga yg jauh lagi murah.

Refer =>http://pages.eBay.com.my/help/sell/storefees.html

Tapi takpelah, aku teruskan. Mungkin Store US ni advantage utk target US Customer, kot?

Bila ada store, kita bole create listing serendah $0.03 aje sebulan bagi setiap item. Cuma tak best maybe FVF dia cecah 12% bila item tu sold. So, kat sini aku banyak markup kat Shipping..

Untuk pertama kali buka store, item aku tak banyak... tak sampai 10 pun. Dan matlamat pertama aku buka store ni maybe pelik sikit... meh aku story.

Sebenarnya buat masa ni aku tak harapkan sales dari store. Aku lebih fokus kpd auction sebab seronok lihat orang bid kat item kita sampai harga melambung-lambung tinggi.

Kalau store tak boleh lawan2 bid. Harga dah fixed.

So, aku list item kat store dan bantai letak harga tinggi tak masuk akal. Kenapa la aku buat camtuh?

Sebabnya aku nak sampaikan mesej kepada bidder - "baik korang beli item yg aku tgh lelong ni, murah siot... kalau ko beli harga normal kat store aku, harga dia mahu 3 ke 10 kali ganda! Aku nak tolak murah-murah ni... Baik korang bid sekarang!!!"

Adakah mesej tersebut sampai? Aku pun tak pasti...

Tetapi so far bila aku buat auction, selalunya item aku dapat bid tinggi. Kekadang boleh la aku katakan sekeping mousepad boleh cecah sampai $25!

(sekali lagi aku katakan, tiada design Louis Vuitton dlm list aku...)

Selama aku buat perangai camnih, ada juga sorang buyer tu beli item aku kat store. ahh.. syukur!

Jadi, camner aku nak sampaikan mesej yang aku jual item yg tengah lelong jauh lebih murah daripada harga normal kat store?

Jawapannya, kita buat link ke store dan tempek kat sales letter/web page lelong kita tu... kalau korang nak letak banyak kali link tu pun takpe, lagi bagus. Mana tau ada rezeki ada la buyer beli kt store.

Nak buat link ni ada byk cara, paling asas adalah gunakan URL yg eBaybagi utk store kita, cth:

Code:

http://stores.shop.eBay.com/NamaStoreAku

Atau korang boleh link terus ke spesifik kategori dalam store. Contoh, kalau korang ada banyak kategori seperti Cartoon, Computer, Car, Music Band etc boleh link terus ke kategori tersebut. Caranya korang masuk sendiri dalam store, pilih kategori yang korang nak, lepas tu copy URL kat browser tu.

Ni contoh la...

Code:

Mamat ni antara powerseller terhebat mousepad, store dia ada beberapa kategori. Katakan nak pelawat lawat kategori "mousepad" aje, so bagi dia link tu.

Atau, cara lain, korang masuk sendiri store korang, dan buat search sendiri ikut topik tertentu. Macam biasa, copy je URL yg keluar kat browser.

Contohnya, nak link ke topik "Barrack Obama", sesuai untuk korang list seme item berkaitan topik tersebut tak kira la item tu mousepad, key chain, t-shirt, penanda buku dsb.

Code:
http://stores.shop.eBay.com/InnerCityGoods__barack-obama_W0QQ_nkwZbarackQ20obamaQ20QQ_cqrZtrueQQ_nkwuscZbarrackQQ_nkwuscZobamaQQ_sidZ228906518?_rdc=1

Link ke store WAJIB korang tempek kat sales letter. Jangan bazirkan trafik pelawat yg baca sales letter korang, perah sebaik mungkin. Ulang link banyak kali pun takpe. Korang bayar utk listing tu, bukan free.

Korang boleh tengok page auction org lain dan dapatkan idea camner diorang link ke store:



No comments:

Post a Comment