Pada
saya, kalau baru, jangan buka store dulu. Dapatkan rentak. Lagipun, store ni
sama juga macam blog, website dan lain-lain yang seumpama dengannya. Maksud
saya, store memerlukan trafik. Trafik di eBay pula, datang dari mana?
80% daripada pembeli di eBay mendapatkan barangan mereka daripada apa yang di cari melalui ruangan search keyword yang ada kat atas. Selalunya, live listing auction lebih di utamakan.
Kebanyakan jualan yang berjaya di lakukan di dalam store pon kebanyakannya adalah hasil daripada trafik yang di tarik melalui live listing auction.
Seandainya kita belum ada produk yang betul-betul niche, pendapat saya yang masih hijau tentang eBay dan store nih, hold dulu. Bila dapat rentak dan rasa yakin, baru bukak.
Main live auction pon iALLAH murah rezeki bila kena gayanya.
p/s: Kita kena pastikan modal promosi di ambil kira bagi mengelakkan kerugian.
Contohnya, bila kita listkan 10 barang dengan insertion fee $0.15, itu jer dah $1.50. Semua ker daripada barang-barang ni terjual? Kalau ya, alhamduLillah. Kalau tak? Kita rugi buta-buta.
Itu untuk barang yang insertion fee $0.15. Kalau yang $0.35? 10 barangan = $3.50. Hurm..
Ramai yang terlepas pandang sebab masing-masing ghairah nak menjual. Kalau kita list kan 10 mousepad tetapi hanya berjaya jual satu mousepad dengan harga $8.99 pun kita rugi sebenarnya.
Belum-belum kita kena tolak dulu dengan nilai $1.50 yang kita laburkan untuk promosi macam yang saya cakap tadi. Harga reseller barang $2.99 + handling fees $4.00 (sebab berjaya jual satu barang sahaja). FVF = 8.75% daripada nilai akhir jualan. PayPal fees = 2.9% + $0.30.
Last-last tinggal $0.50. Untung ke rugi? Jawapannya rugi. Masa dan tenaga yang kita spend tak berbaloi dengan apa yang kita dapat untuk buat design, list barang, buat description, bla bla bla.
No comments:
Post a Comment