Saturday, 30 November 2013

Don't Hit and Run!

Nasihat dan saranan untuk newbie2 yang nak listing barang untuk kali pertama

Kalau dah buat account seller lebih baik di peram hingga 30 hari. Selama 30 hari tu mungkin anda boleh mencari feedback dengan membeli barang2 yang murah lagi meriah. Tips untuk mencari feedback telahpun dikongsi dalam entry yang lepas. Sila baca di sini.

Tips penting yang lain adalah dilarang sama sekali bagi anda untuk menghapus cookie di laptop atau pc yang anda gunakan. Kalau anda menggunakan firefox ada pilihan "Clear recent history after I closed the browser" lebih kurang macam tu lah. Jadi, jangan tick untuk pilihan tersebut.

Kemudian, setelah selesai login di ebay, jangan bernafsu untuk terus melisting barang, kita memerlukan yang namanya cookie history.

Trik untuk mendapatkan cookie history ini anda boleh dengan sengaja klik pada link "Costumer Support" (kanan atas web page), "Community", "Learn How To Sell" dan lain-lain. Ini penting untuk membuktikan yang anda meneroka ebay sebelum menjual. Kan pelik kalau seorang newbie yang baru register dan masih berkepala botak tetapi mempunyai otak yang ligat dalam berebay! Ini untuk membentuk kredibiliti anda sebagai new seller. Jangan sesekali hit and run. Tunggu atau biarkan seketika anda berada di page tersebut.

Cookie history sangat berguna untuk meyakinkan ebay bahawa kita adalah newbie dan bukannya sifu yang buat akaun baru! Logiknya tak mungkin orang baru tapi dah tau segala selok belok dalam berebay apalagi listing barang dalam salah satu hot niche dihiasi dengan profesional template. Logik kan?

Mungkin beberapa orang menganggap cara ini leceh tapi beberapa orang mastah yang telah pun menguji keberkesanan teknik ini sejak pertama kali memasuki dunia ebay tidak menghadapi begitu banyak masalah. Dan tekni ini boleh digunakan untuk membuat akaun2 baru yang lain. Ini hanya salah satu teknik. Jika akaun anda masih dicurigai ebay tetapi telah melakukan tekni ini, mungkin anda harus meneliti kesilapan2 kecil yang lain. Mungkin ia berlaku tanpa kita sedari.

Setelah dicuba teknik ini, jangan lupa untuk berdoa, semoga umur akaun anda panjang. :)
Selamat mencuba dan semoga berjaya!

No comments:

Post a Comment