Saturday, 30 November 2013

Hot Niche Untuk Akhir November 2013

Alhamdulillah..

Penghujung bulan ni ada datang idea yang cukup bagus untuk meneruskan legasi di dunia ebay. Mungkin dah ada yang pernah terfikir tapi jarang-jarang ada yang mencuba. Apa kata kita cuba satu niche yang mungkin dah agak basi tapi tetap panas sepanjang masa. Apa tu?







Yup. Barang mainan atau dalam kategori di ebay sebagai Toys/Hobbies. Jika kita menelusuri barang-barang tersebut, banyak idea yang akan kita dapat. Sekarang terpulang kepada anda dari mana nak mendapatkan barang-barang tersebut. Kalau yang tinggal di Kuala Lumpur mungkin agak mudah sebab terdapat beberapa kedai di sekita Chow Kit yang menjadi pemborong barang mainan.

Kalau yang tinggal di negeri lain mungkin ada pemborong yang ada berdekatan dengan tempat anda. Jika tidak ada, jangan risau. Kan dunia sekarang tanpa sempadan. Ya, online stor. Silakan tanya uncle google. Apa yang jumpa mungkin akan membantu anda.

List Kedai Mainan Kanak2 telah tersedia di depan anda. Sekarang tinggal action!! 

Tu hanya sebahagian yang saya jumpa di dalam Malaysia. Mungkin kita boleh tanya uncle google. Kalau nak yang di US atau UK ada tak? :)

Selamat berniaga, selamat mencuba, semoga maju jaya!

Don't Hit and Run!

Nasihat dan saranan untuk newbie2 yang nak listing barang untuk kali pertama

Kalau dah buat account seller lebih baik di peram hingga 30 hari. Selama 30 hari tu mungkin anda boleh mencari feedback dengan membeli barang2 yang murah lagi meriah. Tips untuk mencari feedback telahpun dikongsi dalam entry yang lepas. Sila baca di sini.

Tips penting yang lain adalah dilarang sama sekali bagi anda untuk menghapus cookie di laptop atau pc yang anda gunakan. Kalau anda menggunakan firefox ada pilihan "Clear recent history after I closed the browser" lebih kurang macam tu lah. Jadi, jangan tick untuk pilihan tersebut.

Kemudian, setelah selesai login di ebay, jangan bernafsu untuk terus melisting barang, kita memerlukan yang namanya cookie history.

Trik untuk mendapatkan cookie history ini anda boleh dengan sengaja klik pada link "Costumer Support" (kanan atas web page), "Community", "Learn How To Sell" dan lain-lain. Ini penting untuk membuktikan yang anda meneroka ebay sebelum menjual. Kan pelik kalau seorang newbie yang baru register dan masih berkepala botak tetapi mempunyai otak yang ligat dalam berebay! Ini untuk membentuk kredibiliti anda sebagai new seller. Jangan sesekali hit and run. Tunggu atau biarkan seketika anda berada di page tersebut.

Cookie history sangat berguna untuk meyakinkan ebay bahawa kita adalah newbie dan bukannya sifu yang buat akaun baru! Logiknya tak mungkin orang baru tapi dah tau segala selok belok dalam berebay apalagi listing barang dalam salah satu hot niche dihiasi dengan profesional template. Logik kan?

Mungkin beberapa orang menganggap cara ini leceh tapi beberapa orang mastah yang telah pun menguji keberkesanan teknik ini sejak pertama kali memasuki dunia ebay tidak menghadapi begitu banyak masalah. Dan tekni ini boleh digunakan untuk membuat akaun2 baru yang lain. Ini hanya salah satu teknik. Jika akaun anda masih dicurigai ebay tetapi telah melakukan tekni ini, mungkin anda harus meneliti kesilapan2 kecil yang lain. Mungkin ia berlaku tanpa kita sedari.

Setelah dicuba teknik ini, jangan lupa untuk berdoa, semoga umur akaun anda panjang. :)
Selamat mencuba dan semoga berjaya!

Thursday, 28 November 2013

Template Untuk Jualan

Assalamu'alaikum,

Update untuk pagi Khamis ni..

Ringkas, padat dan berinformasi. Boleh terus ke template mantap!

Terima Kasih

Thursday, 21 November 2013

eBay Chart

Mungkin dengan adanya chart dibawah akan melancarkan lagi bisnes eBay anda. :)



Wednesday, 13 November 2013

Bagaimana Meletakkan Video Pada Description Item?

Copy-Paste html code berikut dibawah ke html description pada listing anda dan gantikan 11 huruf "XXXXXXXXXXX" dengan link video dari youtube. Contoh link video: http:/ww.youtube.com/watch?v=Q0r6LfjMYRE

Jadi gantikan "XXXXXXXXXXX" dengan 11 angka akhir link tersebut iaitu "Q0r6LfjMYRE"

<p align="center">

<object height="385" width="640"><param

name="movie"

value="http://www.youtube.com/v/XXXXXXXXXXX?fs=1&amp%3Bhl=en_US"><param

name="allowFullScreen" value="true"><param

name="allowscriptaccess" value="always">

<embed src="http://www.youtube.com/v/XXXXXXXXXXX?fs=1&amp%3Bhl=en_US"

type="application/

x-shockwave-flash" allowscriptaccess="always"

allowfullscreen="true" height="385" width="640"></object></span></strong></p>

Source: dr hxxp://reviews.ebay.com/How-to-Embed-Youtube-Videos-into-Your-Auction-HTML?ugid=10000000024640187

Selamat Mencuba!