Tuesday, 17 September 2013

Monitor Trafik Store Dan Boost Sale

Hari ni aku nk kongsi sikit, tips mcm mana korang nk monitor traffik kat store korang dan manipulate report ni utk boost up korang punya sale.

Benda ni memang cukup penting, mcm bro mansur ckp kena cari golden time wat listing. Bila korang dah jumpa golden time ni maksimumkan korang punya listing.

1) Free store Traffic Report. Korang leh gunakan 
link ni.

2) Store Traffic Report Berbayar. Korang leh gunakan 
link ni.

Monday, 16 September 2013

Menjadi Power Seller Bronze

Nak jadi Powerseller kategori bronze,

Sales mesti usd 3k dan minimum item sold mesti 6 ke atas dlm masa 3 bulan ATAU total item sold 300 dan ke atas dlm 3 bulan.

Jika dpt target kat atas , mesti pula memenuhi ciri2 ini:

Percentage feedback 98% ke atas, hutang eBaymesti berbayar,maximum polisi violation x lebih 4 dalam 2 bulan dan feedback score mesti lebih 100.

Account Paypal Kena Hold

[ASK] Aku nak tanya sikit la. Selama aku wat eBay ni, hari 1st time aku dpt email dr paypal "NOTICE OF FUNDS HELD ". Mean aku nye payment kene hold dl. Bleh korang tolong gtau x napa jd mcm ni. Apa jln terbaik yg harus aku buat?

Kalo daftar guna info betul, dan pp minta verifikasi, follow je.

Tapi kalo setakat hold aje biasa utk acc baru yg nampak 'luarbiasa' aktif, paypal akan release fund tu lepas beberapa hari utk pastikan eBayitem tu dihantar.

Ni la kelemahan acc Paypal kpd Malaysian. Lagi2 skrg ni pp dah tahu org kita guna dropshipper china utk jual item kt eBay, yg mana tidak dibenarkan ikut polisi.

Langkah selamat adalah buka acc type business, guna info betul dan ber-eBay. Kalo apa2 hal, bole verify.

Then, repeat proses guna vcc lepas tu peram lebih sebulan ke dan buat transaksi dlm skala kecil. Cara ni utk mengurangkan keraguan eBay dgn acc2 kita.

Anak Patung Perempuan Jadi Hot Niche

Aku panaskan lagi thread ni, kepada saper2 yg nk start jual anak patung dan aksesori (especially for girls anak patung dan aksesori) ni ada beberapa jenama yg panas mcm goreng pisang (hot demand) kat dlm eBay.

Ni list jenama2 tersebut:

1) Reborn, American Girl, Barbie, Fashion Royalty, and Madame Alexander

2) Dolls, Tyler, Dollfie, Blythe and Shirley Temple

Website cari produk popular boleh tengok kat sini: Link.

p/s: Saper2 ada idea mana nk cari patung2 ni yek?. (Korang leh guna complete listing dan tgk $$$ yg terjual.

Pindahkan Listing Store Dari Folder Ke Folder Yang Lain

Macamana cara kita nak pindahkan listing dekat dalam stor dari satu folder ke folder lain? Aku baru create folder baru dan nak masukkan barang2 yang bercampur-campur dari folder lama tu so biar nampak kemas sikit, tapi tak jumpa lah.

Cara aku: my eBay> Subscription (bwh Account) > Manage my store > stor category > pastu dah tak tau dah.

Nie cara saya, cara orang lain mungkin bbeza.

1- Bukak bahagian ACTIVE listing yg berada dlm store tue..(SUMMARY --> SELLING)

2- Click semua yg nak diletakkan bawah folder baru

3- Click EDIT kat bawah sekali tue

4- Akan keluar page EDIT LISTING

5- Sila pilih bahagian mana yg kita nak edit tadi..kalau nak tukar folder baru click STORE CATEGORIES

6- Jangan lupa kat bawah sekali SELECT EDIT METHOD pilih EDIT LISTING IN BULK..(pastikn semua item nie mmg nak letak bawah folder yg sama)

7- Continue

8- Akan keluar page part mana yg awak nak edit utk part STORE CATEGORIES, kalau dah create folder baru automatic ada dlm pilihan STORE CATEGORIES

9- Seterusnya ikut step mcm biasa..

Cuba dulu, kalau tak boleh gak bgtau kat sini yer. Cara nie boleh apply utk nak edit apa saja in bulk.

Harap membantu.

Store Malaysia VS Store US

1. eBay store Malaysia sama ke exposure nya dengan eBay store US ?
2. Nak tanya bro sekarang ni dah ada stor eBay Malaysia kan? Ada apa2 kelebihan/kekurangan ke jika dibandingkan dengan stor US?

>> Meh aku tlg menyampuk la sebelum mansur tambah. First sekali dah ada kat page sebelum ni pasal eBay store ni dibincangkan. Byk page jugak lah aku rasa. Takpe bukan ko je, aku pun nak pengsan kalau belek balik thread ni.

Aku pakai store Malaysia tapi listing aku buat eBay.com. Tak kira auction atau store item. Kalau ko buat listing site barang2 dlm store ko eBay.com.my maybe dia org ada masalah nak byr direct guna paypal. So eBay store pakai Malaysia. Tapi listing semua US.

Kelebihan : Store Malaysia murah amat. RM 12. Selling manager pro pun baru RM 15 tak silap. Total baru RM 27. Byk woo jimat ni. Lupa pulak brp harga utk US store ngan SMP US.

Apa yg aku perasan, SMP hanya berfungsi sepenuhnya ikut country yg kita subscribe. Aku pernah test subscribe SMP MY, pastu kalo aku jual kt US, msg tak automate utk site US.

Yup, mula2 tu ingat nk jimat kos pakai SMP Malaysia, rupanya tak bleh nak manage listing utk US, so kene pakai je la gabungan store Malaysia + SMP US (bleh tahan gak regenya)

========================================================

Mansurbiz jawab:

Mcm aku better decide store premium US je. Lagi pun byk lagi kelebihan buka store kt US ni yg ramai tak perasan tapi beri impak kpd sales kita.

Cth, item2 kita dpt random visibility cross-selling bukan saje kat search engine eBay, tapi dpt list kt main page, masa login, logout atau pun masa eBay hantar emel news letter or maybe kat listing2 luar yg blogger dok tampal kt widget sbb nak dpt commission.

Korang perasan tak?

Sbb tu aku rasa tak payah nak pening2 kepala.

p/s: Sama gak kes kalo listing kat UK, AU, perasan tak listing fee situ sebenarnya lagi mahal dari US? Nak masuk gambo pun dia caj... tapi sales kt situ pun bole tahan kalo kena dgn niche.

Letak Diskaun Pada Item

Guna Mark Down Manager, set discount, pastu select item yg nak bagi discount. refer: Link.

Ni salah satu cara lagi nak expose atau tingkatkan visibility utk cross sell sama ada kt main page eBay, time member logout atau kat bhgn deal tu.