Saturday 15 February 2014

Pesan 'Newbie' Kepada Newbie

Assalamualaikum,

Dah agak lama juga tak update blog ni. Dalam post ni saya cuma nak kongsi perkongsian seorang ebayer di FB. Mungkin boleh menambah semangat untuk newbie. :)


Wednesday 15 January 2014

Maklumat Pengeposan

Secara amnya utk rate pos bagi small parcel ni ikut zone:


Untuk 180g ke bwh:
Zon A = RM0.90
Zon B = RM0.95
Zon C = RM1.40
Zon D = RM1.50
Zon E = RM1.80

Untuk setiap 10g berikutnya:
Zon A = RM0.35
Zon B = RM0.35
Zon C = RM0.35
Zon D = RM0.50
Zon E = RM0.70
Kos sebenar pos

Berdasarkan pengalaman sebelum yang aku pos
1. Berat - below 200 gram
2. Negara - U.S
3. Jenis pos - Pos Berdaftar
4. Syarikat Pos - Pos Malaysia.
5- Rate price :- RM 8 ~ Rm 11.50 + Pos Daftar Tetap RM 3.90

---------------------------------------------------------------

1. Berat - below 200 gram
2. Negara - Australia
3. Jenis pos - Pos Berdaftar
4. Syarikat Pos - Pos Malaysia.
5- Rate price :- RM 5.50 ~ Rm 8.50 + Pos Daftar Tetap RM 3.90

---------------------------------------------------------------

1. Berat - below 200 gram
2. Negara - U.K
3. Jenis pos - Pos Berdaftar
4. Syarikat Pos - Pos Malaysia.
5- Rate price :- RM 6 ~ Rm 11.50 + Pos Daftar Tetap RM 3.90

---------------------------------------------------------------

1. Berat - below 200 gram
2. Negara - Lain-lain negara
3. Jenis pos - Pos Berdaftar
4. Syarikat Pos - Pos Malaysia.
5- Rate price :- RM 5 ~ Rm 11.50 + Pos Daftar Tetap RM 3.90

----------------------------------------------------------------

Ini perkongsian kecil yg pernah aku wat baru-baru nieh..
Hope leh tambah semangat member-member cari product sendirik....

Lain-lain:

1. Berat - 120gm
2. Negara (zone) - E
3. Jenis pos - register
4. Syarikat Pos - pos malasia
5. Harga pos - RM8.60 + Tracking RM 3.90

1. Berat - 120gm
2. Negara (zone) - E
3. Jenis pos - pos reg
4. Syarikat Pos - pos malaysia
5. Harga pos - RM 6.50 + Tracking RM 3.90

1. Berat - 80gm
2. Negara (zone) -E
3. Jenis pos - pos reg
4. Syarikat Pos - pos malaysia
5. Harga pos - Rm7.90 + Tracking RM 3.90

1. Berat - 80gm
2. Negara(zone) - E
3. Jenis pos - pos reg
4. Syarikat Pos - pos malaysia
5. Harga pos - Rm5.50 + Tracking RM 3.90

Semua packing pakai envelope.

Tuesday 17 December 2013

Tips Pembungkusan Dan Penghantaran Barang

1) Utk item kurang 2kg, itu ikut rate mail aje.
2) Kalo lebih 2kg, better pakai parcel rate, lagi murah.
3) Pakai air mail = kpl terbang, surface mail = kapal laut (berbulan2 baru sampai)
4) Borang kastam tu utk item selain surat.

Sebenarnya kalo tak lekat pun takpe. Tapi problem dia nanti kt kastam. Item clear lambat atau kastam akan buka packing utk verify.

Alah, even ko declare pun kalo kastam suspicious, dia tetap buka. So better tampal kalo pos selain surat. Mcm aku print sendiri aje kt atas kertas hijau. Signature digital aje... ngeh2

5) Untuk jangkamasa delivery, refer je link ni: Small Parcel

6) Perihal packaging, ikut kreativiti. Mcm aku buat:
 
# Kalo item dah ada kotak keras, bungkus dgn bubble wrap + kertas minyak.

# Item plastic keras, guna bubble wrap + corrugated paper box (kotak coklat tu la) + kertas minyak. Beli yg siap mcm kt theboxcompany.com atau aku "pau" mamat burma yg kutip2 kotak tu. Kt tangan pegang kayu besbol kalo nk free.

# Kalo kotak takde, then baru aku pakai polisterin (polyfoam) yg tebal 1 inci + kertas minyak.

# Selain tu, faktor budget shipping fee kena kira. Kalo ada bajet lebih, beli la penimbang utk org buat kuih tu. Murah je beb. Timbang awal2 pastu pegi website pos.

# Dptkan rate. Kotak corrugated paper yg kosong pun ada yg berat dh lebih 100g, kalo hantar ke US, 100g kos dia dh RM7++. Kalo nk jimat aku pki polyfoam aje.

# Item2 yg nipis, bubble wrap + envelop "besar punyerrr!" sbb senang byk ruang nk tampal address, sticker registered, stamp yg berlambak.

# Ok, part stamp ni aku serius. Tak semua stamp tu standard size. Kdg2 aku dpt stamp special edition yg besar dia 3 inci x 1 inci tu. Nilai RM0.30 aje. Mmg buang space betul!

# Lastly jgn lupa, kat belakang packaging mesti ada "From" nama + address korang

# Bole mintak kt pej pos satu slip kastam tu 1 pack. Sticker air mail pun aku mintak byk2. Tapi sbb tak larat nak tulis kt slip hijau tu, last2 aku buat kt microsoft word sendiri, cari kertas A4 yg kaler hijau tua, pastu print je byk2. Pantas. Cuma tukar2 date aje.

# Registered atau staff pos refer sbg barcode, aku dh siap beli byk2. So kalo nk pegi pjbt pos, tinggal tampal stamp dan cop slip barcode tu je.


Lagi satu, alat2 kt gambo bwh ni amat membantu dlm meningkatkan produktiviti korang membungkus brg2 tu... (ok, kecuali benda kotak warna kuning oren tu, camner bole sesat dlm tu... huhuhu)


 
 

Selain kotak, bole guna polisterin (polyfoam), jimat kos selain ringan utk shipping. ni pun aku belajar dari sorg seller china kt dhgate. Sempoi aje dia pos, pakai polisterin (mcm aku prefer yg tebal 1 inchi tu) pastu lilit keliling pki box tape kaler coklat tu.

Oh ye, dh pki polyfoam ni, aku dh tak perlukan bubble wrap. paling best pun aku balut pki plastik yg makcik buat bungkus nasi lemak tu utk protect packaging jgn calar2...


Sunday 15 December 2013

Bagaimana Pro Seller Pos Barang

Kalau korang nak selamat boleh la buat cop nama, alamat dan n fon korang pastu cop kat item tu.

Aku buat cop baru rm10 je kat alam sentral. Stamp pad kaler biru rm7. Kalo nak ganas pakai kale merah..hehehe..modal baru rm17 tapi bleh pakai lama + item selamat..ala modal baru 5.10usd je,takkan kedekut kot...

Detail aku,aku cop dan nama, alamat buyer aku print.

Aku buat cop macam ni

FROM:
Mr Fahmi Hensem
No 8 Jalan Powerseller Ebay 3
Taman Hantam Cantik
89000 Kuala Lumpur
Malaysia
Mobile: 6012-345 6789


Yang 'From' tu biar bold.

Kelebihan buat cop ni banyak:

1. Nama,alamat dan nombor tepon da ade sekali,so kalau item kita pos tu salah alamat dia boleh return ke alamat kita tu.Boleh terus call direct dari oversea sebab da letak kod negara sekali
2. Kemas dan macho
3. Nampak la tahap ke"PRO"an korang dalam urus niaga ebay sebab da ade cop
4. Mengelakkan item ditukar sebab cop tu da memang kat sampul surat tu.tak boleh tercabut
5. Jimat ink, walau pun sikit tetap kos tu.10sen pun kene kire..hehehehe

Kalau boleh kat nama jangan tulis Mohd, Muhammad, Abdullah, Abd sebab yelah kita pos barang keluar, kite tak tau orang kat sane macam mane,hati budi posmen macam mane. Mane lah tau jenis yang berdendam ngan umat kita kan. Terus die songlap item tu. Sebab dieorang boleh kenal hanya dengan tengok nama je lagi2 yang tulis description bebetul detail.

Contoh kalau pos kasut tulis je Mens Accessories, Woman Accessories. Tak payah la gatal tangan tulis "Nike Shoes Size 12". Kalau posmen jenis pro nike memang tak sampai la item korang tu. Nak plak saiz ngam ngan kaki die...hehehe...

Aku nak pesan pada yang tak tau, pada yang tau tak payah la yer.

Kalau print nama dan alamat buyer make sure tampal pakai tape jernih. Sebab aku penah kene dulu just tampal pakai gam je. Lepas tu tulisan kat sampul surat tu kene air setitik je. Terus tak nampak alamat tu. Tulisan tu kembang sebab ink kembang. So make sure tampal/lindungi lah alamat tu pakai tape jernih. So, kalis air la kirenye..

tampal sekali tape tu kat alamat kite yang kite cop tu (kalo yang pakai cop)

Pos Barang Ke Luar Negara

Aku biase pos pakai registered pos. Pos ni tak kira besar mane barang/kotak ko die akan kire berat dan bukan kire besar. Kalau pos laju lain pulak cara die kire. Pos ke australia kalau +- 150 gram dalam RM6-RM10 pastu ko tambah la RM3.90 untuk registered pos (tracking ID). Brape hari sampai aku pun tak pasti, sebab kadang aku pos seminggu da sampai. Kadang 3 minggu baru sampai. Yang lebih menyayat hati sampai buyer open case baru la nak sampai barang tu..hahaha..

Ni step die kalo ko nak pos barang ke luar negara pakai reg.pos:

1. Pegi pejabat pos pastu bagi barang tu kat awek pejabat pos tu dan cakap kat die nak buat registered pos.
2. Die akan timbang barang ko tu dan tuliskan harga pos pada kotak (barang ko).
3. Die akan bagi setem dan 1 slip registred pos untuk ko tampal kat kotak, So ko kene bayar harga pos + rm3.90 untuk registered pos.
4. Mintak die borang kastam (kaler ijau) untuk ko tulis isi kandungan, nilai, negara asal item dan berat kotak yang ko nak pos tu pastu sign ko, sume tu untuk tujuan kastam.
5. Tampal setem kat kotak dan tulis name penerima kat pelekat registered pos tu kemudian tampal kat kotak. Tampal skali borang kastam tu.

Jangan lupe tulis name penerima skali kat belakang pelekat tu untuk tujuan rujukan ko (kang xtau plak mane satu tracking Id buyer, kalo buyer mintak. Kalo pos 1 item takpe. Kalo da pos 20 item, kan haru namenye tu)

6. Pegi balik jumpe awek pos tu kat kaunter. Bagi die kertas pelekat yang ko da tampak kat kotak tu untuk die cop.

Track n trace brang ko:

1. Bukak website pos malaysia pilih posdaftar
2. Masukkan tracking ID pastu klik track
3. Akan kuar result tarikh dan tempat ko pos
4. Kalau kuar result macam ni= Dispatch To 640005 ni bermakna barang ko da sampai KLIA, telah di periksa oleh kastam dan on da way ke negara mana ko pos tu.
5. Pastikan ko terangkan kat buyer kenape kuar result camtu, ditakuti buyer cakap ko menipu plak sebab takde tulis pun item ko to ship ke destinasi mana. Sebab kalo reg.post hongkong akan kuar destination mane item tu di pos.
6. Item dari Malaysia hanya boleh trace sampai KLIA je. Lepas/kuar dari Malaysia ko kene trace kat official website pos negara mane yang ko hantar tu.
7. Make sure cakap kat buyer yang database pos malaysia akan update lepas 24jam barang dihantar. So kalo tengahari ko pos, dan terus email Tracking ID pada buyer mesti la takde kalo die cek time tu. Suh die cek esoknye.

Saturday 30 November 2013

Hot Niche Untuk Akhir November 2013

Alhamdulillah..

Penghujung bulan ni ada datang idea yang cukup bagus untuk meneruskan legasi di dunia ebay. Mungkin dah ada yang pernah terfikir tapi jarang-jarang ada yang mencuba. Apa kata kita cuba satu niche yang mungkin dah agak basi tapi tetap panas sepanjang masa. Apa tu?







Yup. Barang mainan atau dalam kategori di ebay sebagai Toys/Hobbies. Jika kita menelusuri barang-barang tersebut, banyak idea yang akan kita dapat. Sekarang terpulang kepada anda dari mana nak mendapatkan barang-barang tersebut. Kalau yang tinggal di Kuala Lumpur mungkin agak mudah sebab terdapat beberapa kedai di sekita Chow Kit yang menjadi pemborong barang mainan.

Kalau yang tinggal di negeri lain mungkin ada pemborong yang ada berdekatan dengan tempat anda. Jika tidak ada, jangan risau. Kan dunia sekarang tanpa sempadan. Ya, online stor. Silakan tanya uncle google. Apa yang jumpa mungkin akan membantu anda.

List Kedai Mainan Kanak2 telah tersedia di depan anda. Sekarang tinggal action!! 

Tu hanya sebahagian yang saya jumpa di dalam Malaysia. Mungkin kita boleh tanya uncle google. Kalau nak yang di US atau UK ada tak? :)

Selamat berniaga, selamat mencuba, semoga maju jaya!

Don't Hit and Run!

Nasihat dan saranan untuk newbie2 yang nak listing barang untuk kali pertama

Kalau dah buat account seller lebih baik di peram hingga 30 hari. Selama 30 hari tu mungkin anda boleh mencari feedback dengan membeli barang2 yang murah lagi meriah. Tips untuk mencari feedback telahpun dikongsi dalam entry yang lepas. Sila baca di sini.

Tips penting yang lain adalah dilarang sama sekali bagi anda untuk menghapus cookie di laptop atau pc yang anda gunakan. Kalau anda menggunakan firefox ada pilihan "Clear recent history after I closed the browser" lebih kurang macam tu lah. Jadi, jangan tick untuk pilihan tersebut.

Kemudian, setelah selesai login di ebay, jangan bernafsu untuk terus melisting barang, kita memerlukan yang namanya cookie history.

Trik untuk mendapatkan cookie history ini anda boleh dengan sengaja klik pada link "Costumer Support" (kanan atas web page), "Community", "Learn How To Sell" dan lain-lain. Ini penting untuk membuktikan yang anda meneroka ebay sebelum menjual. Kan pelik kalau seorang newbie yang baru register dan masih berkepala botak tetapi mempunyai otak yang ligat dalam berebay! Ini untuk membentuk kredibiliti anda sebagai new seller. Jangan sesekali hit and run. Tunggu atau biarkan seketika anda berada di page tersebut.

Cookie history sangat berguna untuk meyakinkan ebay bahawa kita adalah newbie dan bukannya sifu yang buat akaun baru! Logiknya tak mungkin orang baru tapi dah tau segala selok belok dalam berebay apalagi listing barang dalam salah satu hot niche dihiasi dengan profesional template. Logik kan?

Mungkin beberapa orang menganggap cara ini leceh tapi beberapa orang mastah yang telah pun menguji keberkesanan teknik ini sejak pertama kali memasuki dunia ebay tidak menghadapi begitu banyak masalah. Dan tekni ini boleh digunakan untuk membuat akaun2 baru yang lain. Ini hanya salah satu teknik. Jika akaun anda masih dicurigai ebay tetapi telah melakukan tekni ini, mungkin anda harus meneliti kesilapan2 kecil yang lain. Mungkin ia berlaku tanpa kita sedari.

Setelah dicuba teknik ini, jangan lupa untuk berdoa, semoga umur akaun anda panjang. :)
Selamat mencuba dan semoga berjaya!